|
seo on page |
Teknik SEO on page untuk blogger. Alhamdulillah pada bulan ramadhan yang penuh barakah ini aku berpeluang untuk menulis sebuah entri mengenai SEO. Kali terakhir entri yang berkaitan dengan SEO pada bulan Mei. Entri Teknik Optimum Blogspot Agar Mesra SEO mendapat respon yang positif.
Berbalik kepada tajuk utama iaitu
Teknik SEO On Page.
Apakah yang dimaksudkan Teknik SEO On Page?
SEO=search engine optimization , majoriti yang bergelar blogger sudah mengetahui maksud ini.
TAPI apa yang dimaksudkan On Page?On Page= Muka Surat Pertama, maksud tersiratnya ialah entri berada di kedudukan pertama dalam enjin carian seperti
google.
Tahukah anda apa
kelebihan SEO On Page
- Entri anda akan berada di page utama enjin caraian (semestinya)
- Trafik datang melimpah ruah kedalam blog.
- Alexa rank blog anda semakin menyusut. (lagi bagus)
- Mudah mendapat tawaran pengiklanan.
Setelah anda tahu kelebihannya, jadi mari kita praktikkan untuk menjayakan teknik SEO On Page ke blog anda.
1.CONTENT IS KING
Content is king = kandungan entri adalah segalanya. Website yang mempunyai kualiti entri yang terbaik pasti akan mendapat kesan yang positif dalam enjin carian walaupun tanpa SEO.
Namun sebaliknya jika isi kandungan blog yang kurang kualiti @ kondusif amat sukar untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik dalam enjin carian walaupun anda pelajari pelbagai teknik SEO ataupun tidak.
Kesimpulannya, isi kandungan yang berkualiti merupakan
kunci utama untuk menentukan kedudukan entri kita di enjin carian.
Jadi, apakah yang dimaksudkan isi kandungan yang
berkualiti?
Entri yang asliJangan copy entri orang lain.
Mempunyai penerangan Contohnya jika anda meletakkan video atau gambar pastikan anda meletakan alt tag atau penerangan sekali.
Entri yang berguna /relevan Jangan penuhi blog anda dengan entri sampah semata-mata untuk menambah bilangan post. Anda akan rugi.
Entri yang panjang Bilangan patah perkataan sesebuah entri yang baik ialah 300 ke atas. Namun tidak menjadi masalah jika anda nak tulis pendek pastikan entri anda mempunyai
keyword mantap.
2.TAJUK ENTRI
Tajuk entri memainkan peranan yang penting untuk menentukan kedudukan terbaik dalam enjin carian. Di mana aku dapat justifikasikan yang tajuk entri yang baik adalah adanya keyword dalam tajuk. contohnya
TAJUK “Teknik
SEO On Page Untuk Blogger”. SEO On Page adalah keywordnya.
Namun begitu tajuk entri tidak akan membantu 100% untuk entri anda berada di
On Page. Bagaimanakah cara untuk memantapkan lagi?
Descriptions/Penerangan Sebelum anda
publish entri pastikan anda isikan description entri tesebut. Description ini diibaratkan mukaddimah, ataupun cerita ringkas mengenai entri anda.
Bagi pengguna blogspot anda boleh isikan di sini:
|
Search description |
Format Setiap menulis sesuatu benda pasti mempunyai format tertentu. Contohnya format menulis surat dengan menulis ucapan adalah berlainan. Begitu juga dengan format menulis entri.
Pastikan kedudukan H1 dan H2 berada diposisi sebenar. Untuk lebih faham sila baca disini Struktur Heading Tag.
Perhatian!! Setiap perkataan yang dianggap penting sila
bold, gariskan atau
italic.GambarGambar amat penting dalam sesebuah entri yakni untuk menyerikan lagi entri anda. Namun ada sebilangan blogger sering memandang enteng terhadap gambar yang dimuat naik (upload) ke dalam entri. Mereka sering melakukan kesilapan.
- Sebelum upload namakan semulakan gambar tersebut jangan guna “image1.jpg’ “DS0015.jpg’ etc yang tidak membawa maksud apa-apa terhadap gambar tersebut.
- Guna Alt Tag pada setiapa gambar. Tutorialnya boleh lihat di sini : Alt Tag
3.STRUKTUR URL
Tidak dapat dinafikan lagi url juga mempunyai peranan penting dalam On Page SEO.
Permalink: Isilah url blog anda dengan keyword sekali. Ini akan membantu meningkatkan lagi peratusan blog anda untuk berada di tempat pertama dalam enjin carian.
Bagi pengguna blogspot anda boleh isi di sini :
|
Permalink untuk Blogspot |
Contoh url yang betulhttp ://blogspot.com/2013/07/
teknik-seo-on-page-untuk-blogspot.html
gunakan (
- ) untuk memisahkan setiap perkataan.
Contoh url yang salahhttp ://blogspot.com/2013/07/
D956.html [tak ada kaitan dengan entri]
http ://blogspot.com/2013/07/
teknikseo.html [keyword kurang dan tak relevan]
AKHIR KATAKesimpulannya, ada pelbagai cara untuk menigkatkan lagi entri blog di
page utama google. Cuma anda saja perlu meringankan diri untuk praktiskan semua ini. Insyaallah anda akan berjaya.
Kemungkinan di lain entri akan aku kongsikan OFF Page SEO. Tapi tak tahu la berapa bulan, tahun , dekad lagi. :)