Rabu, 12 Maret 2014

Sedihnya… Jeritan Anak Syria Dalam Menghadapi Ajalnya

0 komentar
sedih syria


Doakan keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di Syria.
Doakan kehancuran kepada orang yang menzalimi mereka iaitu musuh-musuh Islam.
Dan kita di Malaysia, bersyukurlah dengan keamanan dan kesejahteraan yang ada.
Read more ►

Rabu, 01 Januari 2014

Israel akan serang Syria

0 komentar

BAITULMUQADDIS - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menegaskan, negaranya akan bertindak dengan segera jika para pejuang Hezbollah Lebanon menyerbu tempat simpanan senjata kimia dan biologi milik Syria.

Beliau membuat kenyataan itu di Radio Israel semalam.
Beberapa pemimpin Israel sebelum ini menyatakan bahawa ia akan melakukan serangan di tempat simpanan senjata Syria bagi menghalang senjata kimia dan biologi jatuh ke tangan para pejuang Hezbollah.
Para pemimpin Israel bimbang jika rejim Presiden Bashar Al-Assad tumbang, senjata itu akan diperoleh para pejuang Hezbollah dari Lebanon.
Sementara itu, Turki menutup laluan komersial di sempadan Syria.
Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu memberitahu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai pelarian bahawa sempadannya itu masih dibuka untuk para pelarian dari Syria.
Sementara itu, keganasan di bandar raya kedua Syria, Aleppo, memuncak kelmarin ekoran pertempuran tentera pemerintah dengan kumpulan pemberontak, kata pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia.
Badan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu melaporkan pertempuran berlaku di daerah Bustan Al-Qasr, selatan Aleppo dengan tentera Bashar menggunakan beberapa helikopter tempur di kawasan penempatan penduduk.
Kebangkitan penduduk di Syria bermula pada Mac lalu apabila kumpulan pemberontak menentang tentera Bashar.
Kumpulan pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kabangkitan rakyat berlaku di Tunisia dan Mesir.
Tentera Pembebasan Syria yang turut mewakili pemberontak turut terlibat dalam serangan menentang tentera Bashar.
Setakat ini lebih 20,000 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak itu dengan tentera Bashar.
Read more ►

Selasa, 17 Desember 2013

Pemberontak Syria Tawan Depot Senjata Di Aleppo

0 komentar
 Pemberontak Syria

BEIRUT – Pemberontak Syria dilaporkan merampas beberapa depot senjata di perkampungan di Khan Toman di Wilayah Aleppo selepas beberapa hari bertempur dengan askar rejim kerajaan.
“Pejuang pemberontak berjaya menawan tempat simpanan senjata dan bahan letupan di Khan Toman di selatan Aleppo, semalam selepas menerima tentangan lebih tiga daripada tentera rejim,” kata satu sumber tentera hari ini.
Sumber itu berkata, stor yang berjaya ditawan berkenaan bagaimanapun mengandungi jumlah bahan letupan yang kecil saja kerana sebelum ini sebahagiannya sudah dipindah keluar empat bulan lalu.
Bagaimanapun, pihak pembangkang mendakwa berjaya menawan rizab senjata yang besar dan video mengenai rampasan berkenaan dimuat naik dalam internet. – AFP
Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger