Jumat, 07 Februari 2014

Kamis, 06 Februari 2014

Khasiat Tauge

0 komentar

Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.


Lebih Subur

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang ditinjauankan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang ditinjauankan.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Cegah Kanser

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan punca kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Baik Untuk Wanita

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Kurangkan Lemak

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau lemak jahat LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Lebih Muda

Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Buang Kotoran

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.


Lagi info tentang TAUGE di sini.
Read more ►

Rabu, 05 Februari 2014

Majlis Himpunan Ulama Pondok Kelantan 21 11 13

0 komentar
JOM TURUN 
MAJLIS HIMPUNAN ULAMA TUA / ULAMA PONDOK 
KELANTAN 
21.11.2013


Read more ►

Selasa, 04 Februari 2014

Tempoh 24 jam untuk calon Bebas DAP berundur

0 komentar

  • Malaysiakini  Apr 21 2013
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata parti itu tidak akan bertolak ansur dengan tindakan anggota yang melanggar disiplin dengan bertanding sebagai calon Bebas apabila tidak dinamakan sebagai calon dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Oleh yang demikian, beliau memberi tempoh 24 jham kepada calonnya yang bertanding Bebas – Jenice Lee (DUN Teratai) dan Sim Tong Him (Parlimen Kota Melaka dan) – 24 jam untuk memohon maaf dan berundur dari pertandingan.

Jika tidak, kedua-dua calon berkenaan akan dipecat daripada parti, katanya.

"Ini ada satu perbuatan melanggar disiplin yang serius. Ianya tidak boleh diterima, tidak boleh dimaafkan dan melampau,” katanya dalam satu sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Selain itu, tindakan juga akan dikenakan ke atas para penyokong kedua-dua calon berkenaan.
Read more ►

Senin, 03 Februari 2014

Janda Indonesia jaja tubuh di kondominium mewah

0 komentar
 gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Tiga berstatus janda, manakala seorang lagi mendakwa belum pernah berumah tangga. Penampilan seksi, manja dan gebu empat sekawan yang menginap di sebuah kondominium mewah berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2), Hulu Klang, dekat sini, menjadikan mereka kegilaan lelaki hidung belang.

Betapa tidak, empat wanita Indonesia berasal dari pelbagai wilayah republik itu bukan saja manis dan bijak bermain kata-kata, malah bersedia melayan tetamu di ‘kondo berahi’ mereka hingga ke ranjang, asalkan bersetuju membuat bayaran seperti dijanjikan.

Wartawan yang menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan wanita itu mendapati, mereka bergerak sendirian tanpa dikawal orang tengah atau bapa ayam, sekali gus menjadikan aktiviti itu sukar dibawa ke muka pengadilan.

Satu-satunya bukti mengaitkan kondominium mewah disewa wanita itu dengan maksiat ialah longgokan kondom dalam tong sampah di rumah berkenaan.

Yang menyedihkan, kebanyakan tetamu ke kondominium itu berusia pertengahan abad selain beberapa lagi berumur lingkungan 30-an dengan berjanggut dan berkaca mata.
Read more ►

Minggu, 02 Februari 2014

Minum air liur ‘wali’ jadi ‘sunnah’ pengikut Syiah

0 komentar
Kuala Lumpur: “Ajaran kami adalah ajaran Islam yang sebenar. Kami berkahwin secara sah dengan akad yang diwajibkan dalam Islam. Bukan hidup berpasangan secara haram.” Itu dakwaan seorang ‘Syeikh’ sebuah kumpulan Syiah di Lembah Klang mengenai perkahwinan secara mutaah (kontrak) yang diwajibkan kepada pengikut mereka.
Syeikh yang dianggap bertaraf ‘wali’ dalam kalangan pengikut kumpulan itu berkata, nikah mutaah yang diamalkan pengikut kumpulan itu sama seperti nikah lain kerana mengikut rukun nikah seperti dinyatakan dalam Islam iaitu pengantin lelaki dan perempuan, wali, saksi dan ijab kabul.

Katanya, perkahwinan mutaah bukan dilakukan secara paksaan, sebaliknya berdasarkan persetujuan bersama antara lelaki dan wanita yang ingin bernikah bagi mengelak mereka membujang, terutama dalam kalangan janda dan duda.
“Mutaah ini sebagai pemudah cara kerana Islam sebenarnya sangat mudah. Daripada mereka hidup tanpa nikah, lebih baik hidup bermutaah mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama.

“Lagipun, kita tidak melihat ia sebagai ketidakadilan kerana kedua-duanya mendapat manfaat yang diperlukan masing-masing,” katanya.

Dia mendakwa pernikahan mutaah tidak boleh dilakukan sembarangan orang, kecuali menerusi imam atau syeikh yang diiktiraf.
Bagaimanapun, katanya, bagi imam atau syeikh tertentu, mereka boleh melafazkan akad nikah mutaah untuk diri sendiri hanya dengan kehadiran pasangan tanpa perlu jurunikah dan saksi.

Selain nikah secara mutaah, dia mendakwa meminum air liur ‘wali’ Syiah menerusi ciuman juga antara syarat wajib untuk bergelar pengikut Syiah.
“Air liur bukan sesuatu yang kotor. Selagi ia di dalam mulut, ia air bersih lagi suci. Ia jadi kotor apabila kita meludahnya.

“Minum air liur adalah ‘sunnah’ dan sesiapa yang mengambilnya (menelan), terutama air liur wali, akan masuk syurga,” dakwanya.

Dia mendakwa tidak wujud perbezaan antara penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dengan Syiah kerana mereka masih memperakui Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul.

Katanya, yang membezakan fahaman Syiah dengan Sunni hanya disebabkan mereka lebih mengagungkan Saidina Ali RA, menyambut Hari Asyura secara besar-besaran dan mengamalkan jamak solat fardu iaitu Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak pada bila-bila masa (tanpa perlu bermusafir) bagi memudahkan umat Islam beramal.

“Setiap amalan ini bukan rekaan, tapi berdasarkan hukum yang diputuskan ulama kami. Nampak memang berbeza, tapi kami masih tetap dengan pegangan Islam.

“Terpulang kepada orang lain untuk menerimanya atau tidak. Cuma kami menjalankan kegiatan keagamaan tanpa menyusahkan orang lain atau melancarkan perang terhadap sesiapa,” katanya
myMetro
Read more ►

Sabtu, 01 Februari 2014

Lirik Lagu Topi Jerami Transisi

0 komentar
Sorot mata yang kian memudar
Mematahkan naluri genggam
harapan-harapan kosong
Dan kata menjadi tidak bermakna
Terhapus sulit peranmu dalam kehidupan nyata

Lihatlah kedepan karena
kegagalan hari ini
Takkan kau temukan kembali
Di waktu yang tak berjeda
Tuntaskanlah dan dirimu kan...

Hiraukan semua
Awali hari ini dengan semangat baru
Jangan biarkan
Tragedi masa lalu yang kian menahan

Kenyataan yang terbingkai
Dalam liku cerita
hadirkan nuansa terapuh
Satukan kontradiksi dalam diri
Pacu nurani,melawan semua rintan
Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger