Kamis, 27 Februari 2014

Pelajar Bunuh Diri Kerana Kecewa Ditegur Ibu

0 komentar

Seorang pelajar tingkatan enam tidak sempat menghadiri hari pertama persekolahannya bagi sesi 2013 apabila ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Lebuh Tengku Kudin 2, Gelugor, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi, Cheng Bing Her, 18, ditemui oleh pengawal keselamatan dalam keadaan terbaring berlumuran darah berhampiran kawasan tempat letak kereta.
Siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin terjatuh dari biliknya apabila mendapati tingkap biliknya itu berada dalam keadaan terbuka.
Menurut sumber, sebelum kejadian, ibu mangsa menegur dan menasihati Bing Her agar menumpukan kepada pelajarannya dan fokus kepada persekolahan yang bakal bermula.
Sumber itu berkata, ketika kejadian semua ahli keluarganya sudah tidur dan kejadian itu hanya disedari selepas mendengar bunyi bising di bahagian bawah perumahan.
“Seorang penduduk yang terdengar bunyi dentuman kuat melaporkan kepada pengawal keselamatan dan beberapa minit kemudian mayat mangsa ditemui sudah tidak bernyawa lagi.
“Mangsa seorang pendiam dan dikatakan mempunyai masalah pembelajaran,” katanya, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Kong Meng berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.
Mayat dibawa ke Hopital Pulau Pinang untuk bedah siasat. [wowberita]
Read more ►

Minggu, 22 Desember 2013

Suami Bunuh Isteri Muat Naik Gambar Di FB

0 komentar

LAMAN sosial Facebook kini sudah mencapai tahap “perkongsian maklumat melampau” lebih dari sekadar berkongsi status, gambar makanan atau aktiviti harian tetapi berkongsi saat kematian.

Itulah yang dilakukan suami durjana Derek Medina yang menembak isterinya kemudian memuatnaik gambar mayat isterinya di atas lantai ke laman Facebooknya.

Lelaki itu juga memuatnaik pengakuan rasminya membunuh isterinya, Jennifer Alfonso.

Dia dihadapkan di hadapan Hakim Miami Maria Elena Verde sehari selepas kejadian itu. Dilihat berpakaian pakaian berwarna hitam seperti pesakit mental atau tahanan kes bunuh, dia diperintahkan untuk ditahan tanpa bon.

Dia bakal menghadapi hukuman mati jika disabitkan kesalahan atas tuduhan membunuh darjah pertama.

Derek, 31 tahun, mengejutkan rakan Facebooknya apabila dia memuatnaik pengakuan bahawa dia baru sahaja menembak isterinya yang berusia 26 tahun itu.

Dia mendakwa isterinya itu, kerap menumbuk dan menderanya secara fizikal.

SuamiBunuh01

Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger