Jumat, 14 Maret 2014

Mencuri Kerana Anak Lapar! Mana Tanggungjawab YB Kita Yang Kaya raya

0 komentar
Membaca berita dibawah menyebabkan saya selalu terfikir, dimana tanggungjawab kerajaan dalam membantu rakyatnya ketika mereka dalam kesusahan. Negara kita bukannya miskin, projek juta-juta malah berbilion-bilion!

Ramai juga rakyat negara ini yang tinggal dalam rumah buruk! Ada anak-anak yang tercicir dalam persekolahan kerana tiada wang untuk berbelanja!

YB kita juga sangatlah kaya-raya, siapa yang berani nak nafikan!? Mungkin jawapan terbaik yang mereka boleh berikan ialah, sila berjumpa dengan jabatan itu dan ini untuk memohon bantuan!

“Saya ambil susu itu kerana mahu menjualnya bagi membeli makanan anak,” kata seorang bekas tentera kepada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Jessica Daimis ketika ditanya alasannya mencuri sebungkus susu tepung jenama Anlene Gold, semalam.



Mohamad Sobir Kashim, 32, dari Padang Serai, Kedah mengaku bersalah terhadap tuduhan itu kemudian dijatuhi hukuman penjara tiga bulan bermula semalam.

Tertuduh dalam rayuannya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana tidak sanggup melihat anak perempuannya berusia sembilan tahun menahan lapar.

Tertuduh didakwa mencuri sebungkus susu jenama Anlene Gold seberat 660 gram bernilai RM21.99 di Pasar raya Jaya Gading, Semambu pada 13 November lalu jam 2.15 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari yang memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal.

Jessica dalam penghakimannya berkata, walaupun tertuduh tidak mempunyai rekod lampau, namun ia perlu mengambil kira kesalahan itu yang dilihat serius dan sering berlaku dalam masyarakat akhir-akhir ini.

“Sebagai bekas tentera, Ente tidak sepatutnya melakukan kesalahan itu dan selepas mengambil kira rayuan Ente, hukuman penjara tiga bulan dilihat setimpal dengan kesalahan itu,” katanya.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga pekerja di pasar raya berkenaan melihat tertuduh masuk ke premis berkenaan dan menuju ke bahagian menjual susu tepung.

Tertuduh kemudian dilihat mengambil sebungkus susu tepung dan memasukkannya dalam sebuah beg silang dipakai sebelum keluar tanpa membuat pembayaran.

Curiga dengan gelagat tertuduh, pengadu menahan tertuduh di pintu depan pasar raya itu dan tinjauan pemeriksaan menemui sebungkus susu tepung disorokkan di dalam beg dan terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

-Hmetro
Read more ►

Kamis, 27 Februari 2014

Pelajar Bunuh Diri Kerana Kecewa Ditegur Ibu

0 komentar

Seorang pelajar tingkatan enam tidak sempat menghadiri hari pertama persekolahannya bagi sesi 2013 apabila ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Lebuh Tengku Kudin 2, Gelugor, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi, Cheng Bing Her, 18, ditemui oleh pengawal keselamatan dalam keadaan terbaring berlumuran darah berhampiran kawasan tempat letak kereta.
Siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin terjatuh dari biliknya apabila mendapati tingkap biliknya itu berada dalam keadaan terbuka.
Menurut sumber, sebelum kejadian, ibu mangsa menegur dan menasihati Bing Her agar menumpukan kepada pelajarannya dan fokus kepada persekolahan yang bakal bermula.
Sumber itu berkata, ketika kejadian semua ahli keluarganya sudah tidur dan kejadian itu hanya disedari selepas mendengar bunyi bising di bahagian bawah perumahan.
“Seorang penduduk yang terdengar bunyi dentuman kuat melaporkan kepada pengawal keselamatan dan beberapa minit kemudian mayat mangsa ditemui sudah tidak bernyawa lagi.
“Mangsa seorang pendiam dan dikatakan mempunyai masalah pembelajaran,” katanya, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Kong Meng berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.
Mayat dibawa ke Hopital Pulau Pinang untuk bedah siasat. [wowberita]
Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger