Sabtu, 22 Februari 2014

VIDEO Nora Danish Kecek Kelate

0 komentar

Bila dah namanya artis, apa saja yang dibuat semuanya jadi perhatian.

Mungkin ada yang mencebik apabila apa yang artis makan, cakap, buat kadang-kadang dijadikan bahan perkongsian walaupun ia perkara remeh. Tapi hakikatnya, ramai yang suka untuk ambil peduli perkara ini.

Contohnya apa sahaja yang dibuat oleh pelakon hot, Nora Danish. Kalau dia pos kotak tisu sekali pun di laman Instagram, senang-senang boleh dapat Like lebih daripada 3,000!

Jadi kalau kami kongsikan video Nora Danish kecek kelate di bawah ini, ia adalah khusus untuk peminat Nora. Sesungguhnya apa sahaja yang keluar dari bibir comelnya adalah berita selagi dia masih berada dalam senarai pelakon wanita hot negara kita – walaupun bak kata salah satu komen, ‘Kuca lana nyo kecek kelate’. Lol. – REM RAMZI

Read more ►

Sabtu, 21 Desember 2013

Gambar Nora Danish Bercuti Di Thailand

0 komentar

Nampaknya selain sibuk dengan tugasannya sebagai pelakon serta juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2013, Nora Danish tidak menjadikan kesibukan itu sebagai halangan untuknya bercuti bersama teman tapi mesranya, Nedim Nazri Aziz dan rakan-rakan rapatnya yang lain.

Terbaru, Nora, Nedim dan beberapa rakan mereka yang digelar Dimorian Crew termasuk adik Erma Fatima, Betty Rahmad telah bercuti ke Thailand bagi menyambut ulangtahun kelahiran Nedim yang ke-30.

Menerusi pemerhatian di akaun Instagram aktres kecil molek ini, dapat dilihat beberapa foto menarik sepanjang mereka ke sana.

Menariknya, kesemua mereka memakai t-shirt yang terpampang muka Nedim berkaca mata dengan gayanya yang tersendiri.

Sebelum ini, Nora dan Nedim pernah terbang bersama-sama ke kota London bagi membincangkan hal perniagaan mereka selain meluangkan masa menjenguk saudara-mara Nedim di sana.

Peminat juga dilihat mendoakan kebahagiaan hubungan mereka berdua dan kalau sudah ke hulu ke hilir bersama, lebih elok hubungan kedua-dua figura ini dihalalkan menerusi ikatan perkahwinan.

Tak gitu?






Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger