Senin, 10 Maret 2014

Klip Video Tali Barut Bersama Komander Musa

0 komentar
jeneral musa


Sebelum ini kami menyiarkan dua keping gambar memperlihatkan Jeneral Musa, orang nombor dua pengganas di Lahad Datu bersama seorang tali barut wagra tempatan.
Berikut adalah klip memperlihatkan secara lengkap pertemuan lelaki itu dengan Musa.
Dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu Jeneral Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.
Namun tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.
Read more ►

Jumat, 28 Februari 2014

VIDEO Lelaki Jerit Ada Bom Dalam Pesawat

0 komentar




SEORANG lelaki terpaksa dibawa turun secara paksa daripada sebuah pesawat selepas dia menjerit beberapa kali, terdapat bom dalam pesawat berkenaan ketika penerbangan.

Lelaki itu di dalam video di atas menjerit sedemikian dalam pesawat untuk penerbangan yang berlepas dari Fort Lauderdale, Florida ke Atlanta Jumaat lepas.

Penumpang lain tidak menjadi panik kerana teriakan lelaki itu sebaliknya terganggu dengan lelaki itu yang tidak mahu diam.

Video yang dimuatnaik di dalam Youtube menunjukkan lelaki berkenaan sedang bercakap dengan pihak polis dalam pesawat Spirit Airlines penerbangan 404.

Sebaik pihak polis meminta lelaki itu keluar dari pesawat, dia mula menjerit ada bom di dalam pesawat itu.

“Ada bom dalam pesawat ini, jika polis ini membawa saya keluar, saya akan letupkan pesawat ini,” pekik lelaki itu.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu sentiasa mengganggu penumpang lain sepanjang penerbangan sejam setengah itu, termasuk membaling barangan kepada penumpang lain di samping mengeluarkan kata-kata kesat.

Selepas berjaya dikeluarkan dari pesawat lelaki itu dibawa ke Hospital Grady Memorial untuk penilaian perubatan, menurut kenyataan Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield Jackson.

Menurut pihak berkuasa, tiada bom ditemui seperti didakwa lelaki berkenaan dan dia boleh didakwa atas perbuatannya menakutkan penumpang lain.



sumber:


Read more ►

Sabtu, 22 Februari 2014

VIDEO Nora Danish Kecek Kelate

0 komentar

Bila dah namanya artis, apa saja yang dibuat semuanya jadi perhatian.

Mungkin ada yang mencebik apabila apa yang artis makan, cakap, buat kadang-kadang dijadikan bahan perkongsian walaupun ia perkara remeh. Tapi hakikatnya, ramai yang suka untuk ambil peduli perkara ini.

Contohnya apa sahaja yang dibuat oleh pelakon hot, Nora Danish. Kalau dia pos kotak tisu sekali pun di laman Instagram, senang-senang boleh dapat Like lebih daripada 3,000!

Jadi kalau kami kongsikan video Nora Danish kecek kelate di bawah ini, ia adalah khusus untuk peminat Nora. Sesungguhnya apa sahaja yang keluar dari bibir comelnya adalah berita selagi dia masih berada dalam senarai pelakon wanita hot negara kita – walaupun bak kata salah satu komen, ‘Kuca lana nyo kecek kelate’. Lol. – REM RAMZI

Read more ►

Rabu, 25 Desember 2013

Video Misteri! Ribuan Bebola Ungu Muncul Di Padang Pasir

0 komentar
Seperti yang kita tahu, padang pasir merupakan salah sebuah kawasan yang mempunyai cuaca yang agak panas. Berikutan itu, sumber air sudah tentu kebarangkaliannya sukar untuk didapati. Namun begitu, satu penemuan yang mengejutkan apabila seorang wanita menemui ribuan bebola ungu seperti cecair pepejal yang tiba-tiba muncul di padang pasir. Kemunculan ini dianggap pelik dan menimbulkan banyak persoalan. Boleh tonton video di atas.

bebola3 

Penemuan sesuatu yang aneh dari dunia kita mungkin sering menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan saintis dan masyarakat dengan menganggapnya berkaitan dengan kemunculan makhluk asing..Terbaru,sejenis bebola berunsur jeli berwarna ungu telah ditemui di Gurun Arizona dan apakah ia dikaitkan dengan unsur paranormal dan makhluk asing? Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..
Penduduk tempatan di daerah Tuscon bingung dengan kemunculan ribuan bebola kecil berwarna ungu yang muncul di tengah-tengah padang pasir Arizona.

bebola2 

Geradine Vargas dan suaminya dikatakan telah menemui benda aneh itu pada Ahad lalu ketika sedang bersiar-siar.
“Kami telah mengambil gambar di sekitar kawasan dan kami hanya..Maksud saya, bagaimana awak boleh terlepas yang ini?” kata Geradine. “Ia seperti berkilauan di bawah cahaya matahari”.
“Ia merupakan perkara yang tidak pernah dilihat oleh awak sebelum ini”. Sesetengah bebola tersebut kelihatan berair dan ada diantaranya pula kelihatan lutsinar.
“Kami telah mengirimkan email kepada seorang kawan yang juga seorang pakar zoologi, tetapi dia juga tidak tahu apakah benda itu” ujar Geradine kepada seorang pemberita KGUN-9. “Maksud saya, dia sendiri tidak dapat mengenal pasti asal-usul benda tersebut
Pihak pemberita memeriksa bebola aneh berkenaan dan melaporkan bahawa ia kelihatan seperti ‘guli yang melekit dan mengeluarkan air apabila dipicit’.
Darlene Buhrow, pengarah pemasaran untuk Tuscon Botanical Gardens berkata bahawa selepas bercakap dengan pihak yang juga ahli botani berpengalaman, jika bebola tersebut merupakan suatu yang semulajadi,ia boleh jadi terdiri daripada sejenis kulat.
Ada yang mengandaikan bahawa bebola tersebut merupakan salah satu produk daripada Deco Beads yang direka dan kelihatan seperti bebola kecil berisi air yang berfungsi bagi mengelakkan tumbuhan daripada terhidrat akibat kekurangan air. Walaubagaimanapun, ia sedikit pun tidak dapat menjelaskan kenapa ia diletakkan dalam kuantiti yang banyak di padang pasir.
Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger