Senin, 03 Maret 2014

Wanita Dilarang Duduk Seperti Lelaki

0 komentar

Wanita Dilarang Duduk Seperti Lelaki
Wanita Dilarang Duduk Seperti Lelaki - BANDA ACEH, Indonesia : Sebuah bandar di sini akan melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama kaum Adam, kata datuk bandarnya semalam kerana beliau menganggap posisi tersebut tidak sopan.
Langkah itu diambil selepas pemimpin-pemimpin wilayah berkenaan mendraf beberapa rang undang-undang baharu termasuk melarang wanita berseluar ketat, merejam suami atau isteri yang berzina dan merotan pesalah homoseks.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.
Di bawah undang-undang baharu itu, wanita di bandar Lhokseumawe, utara, Pulau Sumatera perlu membonceng dengan kedua-dua kaki mereka terjuntai di sisi motosikal.
“Wanita yang membonceng motosikal tidak boleh duduk seperti menunggang kerana ia akan membangkitkan nafsu penunggang lelaki. Peraturan itu juga bagi melindungi wanita daripada sebarang perkara yang tidak diingini,” kata Datuk Bandar, Suaidi Yahya.
“Tidak sopan untuk wanita duduk seperti lelaki. Kami melaksanakan undang-undang Islam di Lhokseumawe,” tambahnya.
Namun, kata Suaidi, wanita-wanita dibenarkan duduk seperti lelaki jika motosikal berkenaan dikendalikan mereka. Bagaimanapun, katanya, mereka mereka perlu berpakaian sopan menurut cara Islam.
Beliau merancang menghebahkan larangan itu dalam tempoh beberapa minggu lagi dan membincangkannya dengan ulama-ulama sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan.
Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas wilayah tersebut diberikan kuasa autonomi khas pada 2001.
Pihak berkuasa wilayah berkenaan kerap melaksanakan hukuman rotan ke atas mereka yang didapati meminum arak dan berjudi. – AFP
Read more ►

Jumat, 28 Februari 2014

VIDEO Lelaki Jerit Ada Bom Dalam Pesawat

0 komentar




SEORANG lelaki terpaksa dibawa turun secara paksa daripada sebuah pesawat selepas dia menjerit beberapa kali, terdapat bom dalam pesawat berkenaan ketika penerbangan.

Lelaki itu di dalam video di atas menjerit sedemikian dalam pesawat untuk penerbangan yang berlepas dari Fort Lauderdale, Florida ke Atlanta Jumaat lepas.

Penumpang lain tidak menjadi panik kerana teriakan lelaki itu sebaliknya terganggu dengan lelaki itu yang tidak mahu diam.

Video yang dimuatnaik di dalam Youtube menunjukkan lelaki berkenaan sedang bercakap dengan pihak polis dalam pesawat Spirit Airlines penerbangan 404.

Sebaik pihak polis meminta lelaki itu keluar dari pesawat, dia mula menjerit ada bom di dalam pesawat itu.

“Ada bom dalam pesawat ini, jika polis ini membawa saya keluar, saya akan letupkan pesawat ini,” pekik lelaki itu.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu sentiasa mengganggu penumpang lain sepanjang penerbangan sejam setengah itu, termasuk membaling barangan kepada penumpang lain di samping mengeluarkan kata-kata kesat.

Selepas berjaya dikeluarkan dari pesawat lelaki itu dibawa ke Hospital Grady Memorial untuk penilaian perubatan, menurut kenyataan Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield Jackson.

Menurut pihak berkuasa, tiada bom ditemui seperti didakwa lelaki berkenaan dan dia boleh didakwa atas perbuatannya menakutkan penumpang lain.



sumber:


Read more ►

Rabu, 01 Januari 2014

Lelaki Pemilik Alat Vital Terbesar Dunia Ditahan di Airport Fransisco

0 komentar
src="http://s7.addthis.com/js/250/addthis_widget.js#username=xa-4c86172159687e1f" type
Lelaki pemilik alat vital terbesar di dunia ditahan oleh sekuriti kerana ia dicurigai menyelundupkan barang berbahaya atau haram dalam seluarnya.

Jonah Falcon ditahan dan diinterogasi intensif oleh staf keselamatan di San Francisco International Airport setelah mereka curiga  ia mencuba menyelundupkan barang ilegal.

Tapi penjaga yang digeledah dia telah hanya menemukan lingga `mengesankan` milik lelaki  41 tahun itu.

Lelaki  ini memiliki alat kelamin terpanjang di dunia dengan panjang 24.13 cm pada keadaan normal dan 34.29 cm pada keadaan ereksi. Jika dibandingkan dengan ukuran penis rata-rata lelaki yaitu 15-20cm, maka wajarlah jika lelaki  yang bernama lengkap Jonah Cardeli Falcon ini digelar sebagai lelaki dengan penis terpanjang di dunia.

Kejantanannya milik Falcon dianggap sebagai terbesar  di dunia setelah ia muncul dalam sebuah film dokumenter TV di tahun 1999.

Staf keselamatan bahkan melemparkan bedak di seluarnya ketika mereka memeriksa adanya bahan peledak.

Tapi untuk mencegah episode memalukan pada masa mendatang, ia berjanji untuk memakai seluar  pendek untuk bersepeda berbahan lycra ketika bepergian.

Dalam beberapa kesempatan ia mengatakan bahawa punya `burung` seperti itu tidak menyenangkan.

“Mempunyai penis terbesar di dunia bukanlah hal yang harus disyukuri, malah itu mendekatkan saya pada kesepian dan kesendirian. Kerana tidak ada wanita yang mau dengan lelaki berpenis terlalu besar dan terlalu panjang dari ukuran normal.” ujar Jonah Cardeli Falcon, kelahiran 29 Julai 1970, yang kini hidup bersama ibunya dan sudah 12 tahun tidak mempunyai pacar.

“Ketika saya bertemu dengan setiap orang, mereka tidak selalu melihat mata saya saat berbicara, namun yang mereka lihat seluar saya” tambah Jonah seperti dikutip MayPesbukdari News Softpedia. “Entah mereka kagum, atau mereka heran atau merasa aneh dengan sebuah tonjolan yang amat besar ketika saya memakai seluar apapun” dia menambahkan.

Tak heran memang, dengan penis sebesar itu sangat sulit jika memakai seluar “Hal ini menjadi masalah yang serius yang saya alami sejak saya masih kecil” ujar pria dengan penis terbesar di dunia itu. “Sekarang saya hanya mencari seorang wanita yang mau menerima saya apa adanya, bukan mereka yang menganggap saya maniak sex dengan penis sebesar ini”. cerita Jonah tentang keinginannya.


sumber

 menujuhijau
Read more ►

Rabu, 25 Desember 2013

Lelaki Karnival yang Memakan Secubit Pipi Jiranya

0 komentar



Carl Jacquneaux (43), lelaki di Louisiana Amerika Syarikat (AS) ini menyerang tetangganya sendiri, Todd Credeur di Lafayette Parish. Todd ketika itu sedang berkebun ,  tiba-tiba Carl muncul dan menyerangnya.

Carl tiba-tiba mengigit dan mengunyah pipi kiri bahagian atas Todd. Todd segera membela diri dengan menyemburkan racun serangga.

"Saat penyerangan, tersangka menggigit secuil wajah korban," kata Wakil Ketua Polis Lafayette Kert Thomas.

Selidik punya selidik, ternyata ketika itu Carl sedang berada di bawah pengaruh dadah bath salt yang boleh menyebabkan halusinasi.
Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger