Rabu, 12 Februari 2014

Doktor Tersilap Cabut Gigi Pesakit

0 komentar
Salam 1 Malaysia,




SOMERSET: Seorang doktor gigi yang mencabut gigi yang salah milik seorang pesakit, mengambilnya semula daripada tong sampah dan ‘menanamnya’ semula pada gusinya dua jam kemudian.


Kim Green yang kesakitan tidak sedar bahawa giginya yang sihat adalah antara yang yang berada dalam tong sampah itu bersama-sama tisu penuh dengan darah, kesan air ludah dan jarum yang digunakan terhadap pesakit lain.


Doktor gigi, Justin George ‘menanam’ semula gigi itu, membiarkan gigi yang sakit begitu saja dan mencadangkan dia memakan ubat tahan sakit sehingga temu janji lain diadakan.

Tetapi, malam itu, Kim, 44, tidak dapat lagi menahan kesakitan dan dimasukkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan.

Seorang pakar bedah yang terkejut, mencabut kedua-dua gigi berkenaan dan membuat laporan mengenai George kepada pihak berkuasa tempatan dan Majlis Doktor Gigi.


Dia kini digantung tugas sementara menanti untuk dibicarakan.


Menurut Kim, ibu dua anak, berikutan kejadian itu dia terpaksa menjalani ujian darah dan suntikan antihepatitis.

Masalahnya bermula 28 Mei lalu apabila dia mengunjungi klinik gigi berhampiran kediamannya.



Kim mendakwa, George menjalankan imbasan-X pada mulutnya tetapi tidak melihat imejnya.

Dia hanya bergantung kepada Kim untuk menunjukkan gigi yang sakit.


Doktor itu hanya menyedari kesilapan itu selepas diberitahu dan melihat imej imbasan itu. - AP



~sumber~

*Belogfadah :- Bahaya betul jika dapat doktor gigi yang macam nie. Gigi lain yang sakit, dicabutnya gigi yang sihat dan elok...x kan naya tu!!





Read more ►

Senin, 10 Februari 2014

Doktor Kerugian RM200 000 Rumah Dipecah Masuk

0 komentar

BESUT – Seorang doktor klinik swasta di Bandar Jerteh kerugian kira-kira RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk di Kampung Pulau Panjang, dekat Jerteh, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata kejadian dipercayai berlaku antara 10.30 pagi dan 12 tengah hari, ketika pasangan suami isteri berkenaan keluar bekerja.

“Sebaik sahaja isteri mangsa pulang kira-kira pukul 12.15 tengahari itu, beliau mendapati pintu sliding (gelongsor) hadapan rumahnya terbuka dan pintu bilik utama rumahnya dipecahkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kamaruddin berkata, antara barangan yang hilang termasuk pelbagai jenis barangan kemas dan berlian, tiga utas jam tangan berjenama, dua komputer riba dan lapan telefon bimbit.

Katanya, tinjauan pemeriksaan mendapati jeriji besi pada jendela belakang rumah berkenaan telah dipotong menggunakan pemotong besi.

“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu sudah mengesan lima kesan cap jari yang diambil di tempat kejadian,” katanya menambah polis kini giat mengesan penjenayah terbabit. – BERNAMA
Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger