Selasa, 18 Februari 2014

DBKL polis awasi rumah Ambiga

0 komentar
sinar harian

16 Mei 2012
ambiga
Anggota polis unit kereta peronda melakukan rondaan di hadapan kediaman Pengerusi BERSIH Datuk S. Ambiga ketika tinjauan Foto Bernama di sini, hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Polis dan anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuat rondaan di kawasan kediaman Datuk S. Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini.
Tinjauan Bernama mendapati dua buah van DBKL dengan 10 anggota penguatkuasa itu  berada di situ petang tadi, di samping kereta peronda polis yang kelihatan mengawasi kawasan tersebut.

Menurut sumber DBKL, mereka berada di situ hari ini kerana menerima laporan ada kumpulan tertentu mahu mengadakan pasar malam di kawasan tersebut, yang mana menyalahi peraturan disebabkan tiada permit.
Bagaimanapun setakat pukul 7 malam ini, tiada peniaga atau kumpulan tertentu berada di lokasi tersebut.

Ambiga merupakan Pengerusi Bersama 2.0, yang merupakan penganjur perhimpunan Duduk Bantar Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lepas membuat laporan polis pada 10 Mei lalu setelah sekumpulan peniaga berhimpun dan membuka gerai burger di hadapan rumahnya sebagai tanda marah akibat kerugian susulan perhimpunan tesebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata, kawalan polis di hadapan rumah Ambiga merupakan kawalan biasa bagi mencegah jenayah di kawasan perumahan itu.
"Bukan saja hal Ambiga, tapi hal biasa pun kita akan ronda," katanya ketika dihubungi Bernama.

Wan Bari ketika ditanya sama ada polis akan menahan individu yang mengganggu ketenteraman Ambiga, berkata: "Ia bergantung pada peruntukan undang-undang. Belum berlaku...kalau ada nanti, kita akan tengok peruntukan undang-undang."
Read more ►

Senin, 10 Februari 2014

Doktor Kerugian RM200 000 Rumah Dipecah Masuk

0 komentar

BESUT – Seorang doktor klinik swasta di Bandar Jerteh kerugian kira-kira RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk di Kampung Pulau Panjang, dekat Jerteh, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata kejadian dipercayai berlaku antara 10.30 pagi dan 12 tengah hari, ketika pasangan suami isteri berkenaan keluar bekerja.

“Sebaik sahaja isteri mangsa pulang kira-kira pukul 12.15 tengahari itu, beliau mendapati pintu sliding (gelongsor) hadapan rumahnya terbuka dan pintu bilik utama rumahnya dipecahkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kamaruddin berkata, antara barangan yang hilang termasuk pelbagai jenis barangan kemas dan berlian, tiga utas jam tangan berjenama, dua komputer riba dan lapan telefon bimbit.

Katanya, tinjauan pemeriksaan mendapati jeriji besi pada jendela belakang rumah berkenaan telah dipotong menggunakan pemotong besi.

“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu sudah mengesan lima kesan cap jari yang diambil di tempat kejadian,” katanya menambah polis kini giat mengesan penjenayah terbabit. – BERNAMA
Read more ►

Kamis, 26 Desember 2013

Malaysia Tuan Rumah CHOGM 2019

0 komentar

COLOMBO (Sri Lanka): Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2019.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu terkandung dalam Pernyataan yang dikeluarkan pada akhir persidangan CHOGM di Sri Lanka, Ahad.

Bercakap kepada wartawan Malaysia mengakhiri penyertaannya dalam CHOGM 2013, Najib berkata badan Komanwel itu telah mengambil maklum mengenai tawaran negara anggota untuk menjadi tuan rumah.

CHOGM 2015 akan berlangsung di Malta selepas Mauritius menarik diri, 2017 di Vanuatu dan 2019 di Malaysia, katanya. Menurut pernyataan itu, ketua-ketua kerajaan itu menyambut baik dan menerima tawaran Perdana Menteri Malta untuk menjadi hos persidangan 2015.

“Mereka juga menyambut baik tawaran Vanuatu dan Malaysia untuk masing-masing menjadi hos bagi CHOGM 2017 dan 2019,” jelas Pernyataan itu.

Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadi hos CHOGM semasa CHOGM 2011 di Australia.

Najib pada ketika itu dilaporkan berkata tahun itu sangat signifikan kerana Malaysia menjadi hos pertama pada 1989 iaitu 30 tahun lepas.

Najib dalam pada itu berkata Malaysia juga akan menjadi tuan rumah kepada dua lagi persidangan besar iaitu Sidang Kemuncak Asean (Asean Summit) pada 2015 dan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 2020. -BERNAMA
Read more ►

Rabu, 18 Desember 2013

Rumah terbuka Zahid pun diganggu samseng

0 komentar
Malaysiakini 24 Ogos 2013
 
Apabila bercakap tentang jenayah, nampaknya Menteri Dalam Negeri sendiri pun turut menjadi mangsanya.

Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu satu forum pagi ini bahawa samseng pergi ke rumah terbukanya di Bagan Datoh semalam meminta pihak penganjur membayar wang perlindungan.

Di kawasan menteri dalam negeri pun, samseng minta wang perlindungan, katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Zahid memberitahu demikian ketika menyampaikan ucaptama di forum mengenai pencegahan jenayah hari ini.

Zahid tidak mengulas lanjut mengenai kejadian itu, tetapi menggesa semua pihak supaya membantu mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang, terutamanya dengan komen yang membina.

Katanya, beliau mengalu-alukan sumbangan semua penulis blog dan (pengguna) media sosial.
Zahid turut meminta supaya

"Jika anda tidak bersama kita, ia tidak bermakna anda bersama mereka," katanya sambil menggesa semua pihak bekerjasama dengan mengubah pemikiran dan sikap dengan bekerjasama membanteras jenayah.
Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger