Jumat, 20 Desember 2013

Permohonan maaf terbuka oleh David Teo

0 komentar

Baguslah, David Teo dah memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham Bob Kuman serta peminat-nya.  Tapi memanipulasi maksud sedekah itu macam tak boleh diterima kan?
Salam sejahtera,
Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya dan beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja.



Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang isu atau kontroversi.
Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 semasa beliau sakit. Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut “jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah”. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan “sedekah” yang saya maksudkan adalah “derma atau sumbangan”.
Apa yang saya faham, “sedekah” bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar “senyum adalah satu sedekah” dan “sedekahkan al-Fatihah” jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.
Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.
Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.
Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.
Ikhlas,
David Teo
Read more ►

Rabu, 18 Desember 2013

Rumah terbuka Zahid pun diganggu samseng

0 komentar
Malaysiakini 24 Ogos 2013
 
Apabila bercakap tentang jenayah, nampaknya Menteri Dalam Negeri sendiri pun turut menjadi mangsanya.

Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu satu forum pagi ini bahawa samseng pergi ke rumah terbukanya di Bagan Datoh semalam meminta pihak penganjur membayar wang perlindungan.

Di kawasan menteri dalam negeri pun, samseng minta wang perlindungan, katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Zahid memberitahu demikian ketika menyampaikan ucaptama di forum mengenai pencegahan jenayah hari ini.

Zahid tidak mengulas lanjut mengenai kejadian itu, tetapi menggesa semua pihak supaya membantu mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang, terutamanya dengan komen yang membina.

Katanya, beliau mengalu-alukan sumbangan semua penulis blog dan (pengguna) media sosial.
Zahid turut meminta supaya

"Jika anda tidak bersama kita, ia tidak bermakna anda bersama mereka," katanya sambil menggesa semua pihak bekerjasama dengan mengubah pemikiran dan sikap dengan bekerjasama membanteras jenayah.
Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger