Jumat, 27 Desember 2013

Bekas Pengarah CID gesa polis siasat isu Scorpene hmmmm

0 komentar

09 Jun 2012




Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim berkata polis perlu menyiasat dakwaan dokumen rahsia dibocorkan dan dijual kepada negara asing.

Mat Zain berkata siasatan seperti itu sepatutnya dilakukan pegawai kanan polis, terutama timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan seperti itu sepatutnya dilakukan pada 2006 apabila kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu berlaku.


Polis sepatutnya menubuhkan jawatankuasa tertinggi yang sekurang-kurangnya diketuai oleh Khalid untuk menyiasat perkara itu, katanya. Mengikut Seksyen 3 Akta Polis, 1967, polis tidak semestinya menunggu sehingga laporan polis dibuat untuk menyiasat dakwaan tersebut, katanya lagi.


Beliau menyatakan demikian ketika mengulas pendedahan peguam Suaram, Joseph Breham di Bangkok pada 31 Mei bahawa sebuah syarikat pertahan Perancis membeli laporan penilaian Malaysia ke atas kapal selam kelas Scorpene dan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd), kononnya untuk “kerja-kerja kejuruteraan komersial.”


Dalam wawancara eksklusif itu, Mat Zain enggan gambarnya dirakam sepenuhnya atas sebab keselamatan.
Read more ►

Kamis, 26 Desember 2013

Isu Hina Islam Yusof Haslam Kecewa!

0 komentar

Isu Hina Islam:Yusof Haslam Kecewa!
Isu Hina Islam:Yusof Haslam Kecewa! - KUALA LUMPUR : Kenyataan pelakon
Patrick Teoh yang menghina agama Islam menerusi laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini harus dijadikan pengajaran buat semua masyarakat di negara ini.
Menurut, penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam sebagai ‘orang lama’ dan dikenali dalam industri seni tempatan, Patrick sebagai seorang selebriti yang dikenali tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menyentuh sensitiviti masyarakat beragama.
“Tidak kiralah agama apa sekalipun, sebagai masyarakat yang hidup berbilang kaum, kita harus tahu batas-batas percakapan yang kadang kala mampu mengundang sensitiviti kepada lain.
“Kenyataan yang dikeluarkan Patrick dalam Facebook miliknya harus diberi pengajaran buat semua orang agar lebih berhati-hati dalam setiap kata-kata yang ingin diluahkan”, katanya yang dipetik dari mStar online, hari ini.
Rabu lalu, Patrick atau nama sebenarnya Teoh Kah Yong telah mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam menerusi laman Facebooknya.
Patrick meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan mempersoalkan panduan penganjuran program Tahun Baru Cina oleh kerajaan Kedah pimpinan PAS yang mengenakan syarat persembahan lagu di negeri itu haruslah berbentuk motivasi dan artis perlu pakaian sopan selain didakwa merendahkan martabat al-Quran.
Ekoran daripada kenyataan itu, Patrick mendapat cemuhan pelbagai pihak sehinggalah beliau memohon maaf secara terbuka serta mengakui kesilapannya itu.
Patrick merupakan bekas pembaca berita berbahasa Inggeris di TV3, penggiat teater serta pelakon siri sitkom Show Me The Money, di ntv7 (2004), Jazz Cafe (RTM2, 2006) dan My Starz (TV3, 2007).
Kenyataannya mendapat maklum balas daripada ramai pihak sehinggakan Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi mengambil langkah membawa hal itu dengan membuat aduan di balai polis. – MyNewsHub
Read more ►

Selasa, 24 Desember 2013

PKR Isu Karpal Nasha perkara kecil

0 komentar
sinar harian
21 Ogos 2012
Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
SHAH ALAM - PKR perpendirian bahawa isu membabitkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai perkara kecil, yang tidak akan mendatangkan apa-apa keburukan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, isu antara kedua-dua pemimpin itu bukan perkara yang besar, sebaliknya media yang telah menggembar-gemburkan supaya

Beliau yakin perkara membabitkan Karpal dan Nasharudin akan berakhir tanpa sebarang tindakan mahkamah kerana ia hanya tindakan spontan Pengerusi DAP tersebut apabila dilabel anti-Islam oleh bekas Timbalan Presiden Pas.

"Kita tak nampak isu antara Karpal dan Nasharudin itu akan berlarutan sehingga ada tindakan mahkamah. Isu itu hanya diperbesarkan oleh pihak media.
"Saya yakin kenyataan Karpal baru-baru ini hanyalah kenyataan spontan apabila mendapat tahu ada yang mengandainya sebegitu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Pada Jumaat lalu, Karpal memberitahu bahawa beliau telah mengambil keputusan untuk memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin berhubung kenyataan yang melabelnya sebagai anti-Islam.
Sehubungan itu, Sabtu lalu, Nasharudin berkata beliau bersedia untuk bertemu di mahkamah jika  Karpal mahu memfailkan kes fitnah ke atasnya berhubung satu kenyataan berkenaan dengan isu hudud dan negara Islam.

Justeru, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, bagaimanapun isu yang melibatkan sensitiviti seperti keagamaan telah dibincangkan oleh semua pemimpin PR supaya lebih berwaspada dalam membahasnya untuk mengelakkan kesan yang tidak diingini.
"Kita memang ada memberi nasihat dan membincangkan soal yang melibatkan sensitiviti masyarakat ini supaya tidak terlalu diperbahaskan sesuka hati.

"Tapi jangan anggap perkara ini boleh melemahkan PR. BN sendiri ada perbalahan antara pemimpinnya dan yang pasti lagi teruk daripada PR," katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada PKR akan bertindak sebagai orang tengah dalam isu Karpal-Nasharudin, Fuziah berkata, "isu ini kecil, tak perlu dibesar-besarkan."
Read more ►

Minggu, 22 Desember 2013

KJ Hukum penulis blog seks isu sup babi

0 komentar

  • Tharshinaa Chandran
  • Malaysiakini Jul 15 2013
 
Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang terkenal dengan blog seks mereka harus diadili undang-undang walaupun sudah memohon maaf kerana menimbulkan kemarahan umat Islam dengan usikan membuka puasa dengan bak kut teh (sup babi).

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, walaupun sudah meminta maaf melalui laman perkongsian video Youtube, hukuman harus dijatuhkan supaya menjadi teladan kepada orang lain.

Katanya, jika mereka terlepas hanya kerana dengan memohon maaf dan kes itu akhirnya ditutup, ia akan menjadi tidak adil kepada pihak lain.

NONE"Biarlah ia menjadi pengajaran kepada semua orang (supaya tidak memperolokkan agama lain)," katanya yang menyifatkan tindakan kontroversi itu sebagai serius.

Khairy (kanan) berkata, tindakan itu harus dilaksanakan bukan sahaja terhadap pihak yang menghina agama Islam, tetapi semua agama.

"Kita tidak mahu orang ramai menuduh kita mengamalkan pendakwaan terpilih apabila kita menjatuhkan hukuman," katanya dalam sidang media hari ini.

Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen:

"Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan."

Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan.
Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger