Senin, 23 Desember 2013

Budak 12 Tahun Suspek Serangan Seks

0 komentar

SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun mungkin bertanggungjawab ke atas beberapa serangan seksual yang berlaku berhampiran Universiti Of Manchester beberapa bulan lepas.

Menurut polis, pihaknya sudah menyebarkan lakaran wajah suspek serangan kepada orang ramai. Suspek disyaki telah melakukan tiga serangan di sekitar kampus universiti itu.

Menurut Detektif Konstabel Pam Collins dari Balai Polis Longsight, selepas bercakap dengan beberapa mangsa, pihaknya berjaya menghasilkan lakaran wajah suspek yang dikehendaki.

“Jika dilihat dari lakaran, usia penyerang ini nampaknya muda dan ia betul-betul mengejutkan kami,” katanya.

Dua serangan pertama berlaku pada 21 September dan kedua-dua serangan berlaku dalam jarak masa 15 minit.

Seorang gadis berusia 27 tahun di serang di Lloyd Street North pada pukul 6.15 petang dan kemudian seorang gadis berusia 21 tahun pula diserang di Moss Lane East.

Manakala serangan ketiga pula berlaku pada 5 Oktober lepas di Manchester Science Park di Lloyd Street South di mana seorang wanita berusia 32 gtahun menjadi mangsa dua remaja lelaki.

Kesemua serangan itu dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama.

Pihak Polis mengklasifikasikan suspek sebagai seorang warga Asia, berusia 12 hingga 13 tahun dan kurus.


Sumber : Metro UK
Read more ►

Minggu, 22 Desember 2013

KJ Hukum penulis blog seks isu sup babi

0 komentar

  • Tharshinaa Chandran
  • Malaysiakini Jul 15 2013
 
Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang terkenal dengan blog seks mereka harus diadili undang-undang walaupun sudah memohon maaf kerana menimbulkan kemarahan umat Islam dengan usikan membuka puasa dengan bak kut teh (sup babi).

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, walaupun sudah meminta maaf melalui laman perkongsian video Youtube, hukuman harus dijatuhkan supaya menjadi teladan kepada orang lain.

Katanya, jika mereka terlepas hanya kerana dengan memohon maaf dan kes itu akhirnya ditutup, ia akan menjadi tidak adil kepada pihak lain.

NONE"Biarlah ia menjadi pengajaran kepada semua orang (supaya tidak memperolokkan agama lain)," katanya yang menyifatkan tindakan kontroversi itu sebagai serius.

Khairy (kanan) berkata, tindakan itu harus dilaksanakan bukan sahaja terhadap pihak yang menghina agama Islam, tetapi semua agama.

"Kita tidak mahu orang ramai menuduh kita mengamalkan pendakwaan terpilih apabila kita menjatuhkan hukuman," katanya dalam sidang media hari ini.

Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen:

"Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan."

Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan.
Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger