Minggu, 16 Maret 2014

Gempa kelam kabut di Kompleks Sunway Carnival

0 komentar

RABU, 11 APRIL 2012

Orang ramai bergegas keluar selepas gempa berukuran 8.7 pada skala Richter landa Aceh, Indonesia, semalam. Gambar kecil, Nurul Nadiha.




SEBERANG JAYA - “Tiba-tiba saya rasa bangunan bergegar dan lihat semua pengunjung lari selamatkan diri,” kata Nurul Nadiha Kasim, 28, yang turut bergegas menyelamatkan diri ketika berada di Kompleks Sunway Carnival, di sini, selepas berasa gegaran akibat gempa bumi yang melanda Aceh, Indonesia.

Menurutnya, ketika itu dia bersama rakannya sedang memilih barang di sebuah kedai di dalam kompleks membeli-belah itu.

“Selepas berasa bergoyang, saya segera mencampak barang dan menarik kawan saya keluar dari bangunan berkenaan,” katanya yang pertama kali berdepan pengalaman kejadian seperti itu.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Hafiz Najmi Soaid, 23, berkata, ketika kejadian dia bersama dua rakannya sedang menonton wayang di kompleks berkenaan.

“Sedang asyik menonton, saya berasa pening dan bangunan seakan bergoyang,” katanya yang berasal dari Baling, Kedah.

Menurutnya, dia dan kawannya tanpa berlengah segera berlari keluar untuk menyelamatkan diri, begitu juga pengunjung yang lain.
Read more ►

Sabtu, 15 Maret 2014

English Fail at Japanese

0 komentar
Bahasa English kat jepun memang lawak. Kalau korang melancong ddi Jepun, korang mesti jumpa bahasa english mcmnie kat jepun...
 



 
Baca Artikel Sebelum Ini: http://blogspot.com/2013/05/jika-anda-berjalan-jalan-di-china-jepun.html
Read more ►

Jumat, 14 Maret 2014

Mencuri Kerana Anak Lapar! Mana Tanggungjawab YB Kita Yang Kaya raya

0 komentar
Membaca berita dibawah menyebabkan saya selalu terfikir, dimana tanggungjawab kerajaan dalam membantu rakyatnya ketika mereka dalam kesusahan. Negara kita bukannya miskin, projek juta-juta malah berbilion-bilion!

Ramai juga rakyat negara ini yang tinggal dalam rumah buruk! Ada anak-anak yang tercicir dalam persekolahan kerana tiada wang untuk berbelanja!

YB kita juga sangatlah kaya-raya, siapa yang berani nak nafikan!? Mungkin jawapan terbaik yang mereka boleh berikan ialah, sila berjumpa dengan jabatan itu dan ini untuk memohon bantuan!

“Saya ambil susu itu kerana mahu menjualnya bagi membeli makanan anak,” kata seorang bekas tentera kepada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Jessica Daimis ketika ditanya alasannya mencuri sebungkus susu tepung jenama Anlene Gold, semalam.



Mohamad Sobir Kashim, 32, dari Padang Serai, Kedah mengaku bersalah terhadap tuduhan itu kemudian dijatuhi hukuman penjara tiga bulan bermula semalam.

Tertuduh dalam rayuannya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana tidak sanggup melihat anak perempuannya berusia sembilan tahun menahan lapar.

Tertuduh didakwa mencuri sebungkus susu jenama Anlene Gold seberat 660 gram bernilai RM21.99 di Pasar raya Jaya Gading, Semambu pada 13 November lalu jam 2.15 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari yang memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal.

Jessica dalam penghakimannya berkata, walaupun tertuduh tidak mempunyai rekod lampau, namun ia perlu mengambil kira kesalahan itu yang dilihat serius dan sering berlaku dalam masyarakat akhir-akhir ini.

“Sebagai bekas tentera, Ente tidak sepatutnya melakukan kesalahan itu dan selepas mengambil kira rayuan Ente, hukuman penjara tiga bulan dilihat setimpal dengan kesalahan itu,” katanya.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga pekerja di pasar raya berkenaan melihat tertuduh masuk ke premis berkenaan dan menuju ke bahagian menjual susu tepung.

Tertuduh kemudian dilihat mengambil sebungkus susu tepung dan memasukkannya dalam sebuah beg silang dipakai sebelum keluar tanpa membuat pembayaran.

Curiga dengan gelagat tertuduh, pengadu menahan tertuduh di pintu depan pasar raya itu dan tinjauan pemeriksaan menemui sebungkus susu tepung disorokkan di dalam beg dan terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

-Hmetro
Read more ►

Kamis, 13 Maret 2014

‘ Perogol bersiri ’ dihukum

0 komentar

AHAD, 18 MAC 2012

KOTA BHARU - Selepas dihukum penjara 16 tahun dan lapan sebatan minggu lalu, seorang lelaki digelar ‘perogol bersiri’ sekali lagi dihukum penjara lapan tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen, semalam atas tuduhan merompak dan menceroboh rumah pengurus kedai emas dengan pisau, hujung tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu selepas Amran Che Jaafar, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Atas tuduhan merompak, dia dikenakan penjara lapan tahun dan lima sebatan, manakala hukuman penjara tiga tahun dikenakan atas tuduhan menceroboh.

Azman memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak. Beliau sebelum itu mengarahkan hukuman terbabit berjalan berasingan dengan hukuman terhadap kesalahan rogol yang dijatuhkan minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, Amran didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry, wang tunai RM250, kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Islam dan lesen memandu milik mangsa berusia 38 tahun di Kubang Kerian, di sini, pada jam 8 pagi, 15 November 2011.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 392, Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397, kanun sama.

Pada tarikh, waktu dan tempat yang sama Amran turut didakwa menceroboh rumah mangsa menggunakan pisau yang didakwa mengikut Seksyen 451, Kanun Keseksaan.
Read more ►

Rabu, 12 Maret 2014

Sedihnya… Jeritan Anak Syria Dalam Menghadapi Ajalnya

0 komentar
sedih syria


Doakan keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di Syria.
Doakan kehancuran kepada orang yang menzalimi mereka iaitu musuh-musuh Islam.
Dan kita di Malaysia, bersyukurlah dengan keamanan dan kesejahteraan yang ada.
Read more ►

Selasa, 11 Maret 2014

Membuat ekspresi wajah di uang kertas jadi tampak tersenyum sedih

0 komentar
2000 sedih:


20000 senyum:
20000 sedih:


50000 senyum:
50000 sedih:


10000 senyum:
10000 sedih:

5000 senyum:
5000 sedih:
100rb keduanya senyum-senyum:
bung karno cool, bung hatta sedih:
bung karno sedih, bung hatta cool:

sumber
Read more ►

Senin, 10 Maret 2014

Klip Video Tali Barut Bersama Komander Musa

0 komentar
jeneral musa


Sebelum ini kami menyiarkan dua keping gambar memperlihatkan Jeneral Musa, orang nombor dua pengganas di Lahad Datu bersama seorang tali barut wagra tempatan.
Berikut adalah klip memperlihatkan secara lengkap pertemuan lelaki itu dengan Musa.
Dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu Jeneral Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.
Namun tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.
Read more ►
 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger