Sabtu, 21 Desember 2013

Gambar Nora Danish Bercuti Di Thailand


Nampaknya selain sibuk dengan tugasannya sebagai pelakon serta juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2013, Nora Danish tidak menjadikan kesibukan itu sebagai halangan untuknya bercuti bersama teman tapi mesranya, Nedim Nazri Aziz dan rakan-rakan rapatnya yang lain.

Terbaru, Nora, Nedim dan beberapa rakan mereka yang digelar Dimorian Crew termasuk adik Erma Fatima, Betty Rahmad telah bercuti ke Thailand bagi menyambut ulangtahun kelahiran Nedim yang ke-30.

Menerusi pemerhatian di akaun Instagram aktres kecil molek ini, dapat dilihat beberapa foto menarik sepanjang mereka ke sana.

Menariknya, kesemua mereka memakai t-shirt yang terpampang muka Nedim berkaca mata dengan gayanya yang tersendiri.

Sebelum ini, Nora dan Nedim pernah terbang bersama-sama ke kota London bagi membincangkan hal perniagaan mereka selain meluangkan masa menjenguk saudara-mara Nedim di sana.

Peminat juga dilihat mendoakan kebahagiaan hubungan mereka berdua dan kalau sudah ke hulu ke hilir bersama, lebih elok hubungan kedua-dua figura ini dihalalkan menerusi ikatan perkahwinan.

Tak gitu?






0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger