Jumat, 27 Desember 2013

Perubahan generasi kedua Felda sebelum PRU14

Harakahdaily 

Buletin Online, 27 Mei 2013
KUALA TERENGGANU: Ketua Penerangan Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Naraza Muda berkata sokongan anak-anak muda generasi kedua Felda terhadap suatu perubahan amat memberangsangkan pada Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini.

Menurutnya, keputusan PRU13 menunjukkan masih ada anak-anak Felda yang belum mendapat maklumat sebenarnya tentang isu-isu semasa yang berlaku terutamanya yang melibatkan Felda.
"Kita melihat trend sokongan generasi kedua Felda amat memberangsangkan, kesedaran yang ada bersama anak-anak generasi Felda untuk bangkit membuat perubahan, walau pun tidak keseluruhannya, tetapi pada beberapa tempat.

"Kita menang dalam dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu kawasan parlimen yang ada (Felda)," ujar ketika ditemui.

Katanya, ia menunjukkan satu gelombang besar sudah melanda walau pun tidak sekuat reformasi yang berlaku pada Pilihan raya Umum ke-10 pada tahun 1999.

Oleh itu, beliau akan merangka satu tindakan dalam masa dua tahun bagi memastikan generasi Felda celik maklumat.
"Analisis kedudukan (sokongan di Felda) adalah nisbah 49-51 peratus, kita akan berusaha untuk mengubah kedudukan sehingga 50-50, insya Allah dalam masa dua tahun (selepas PRU13) untuk membentuk masyarakat Felda yang celik maklumat," jelasnya.

Sehubungan itu, Anak akan terus mendesak kerajaan Persekutuan bagi membangukan kehidupan sosioekonomi yang lebih baik kepada anak-anak Felda terutamanya peluang bagi generasi kedua memiliki tanah tapak rumah dan untuk pertanian. 


"Kita juga akan menekankan modal insan di kalangan generasi kedua Felda yang sekarang ini tidak dinafikan amat parah gejala sosial, penyalahgunaan dadah yang begitu besar di tanah-tanah rancangan," tegasnya.

Belia berkata, dengan adanya penekanan pembangunan modal insan yang dirancang dan akan dilaksanakan oleh Anak di seluruh rancangan tanah Felda, ia akan memberi kesan kepada perubahan hidup yang lebih baik.

0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger