Sabtu, 28 Desember 2013

Misteri Paku Pontianak



Bukan saja memiliki kekuatan daripada aspek sinematografi dan mesej, filem Paku Pontianak yang mula memasuki pawagam seluruh tanah air bermula hari ini pasti memenuhi cita rasa penggemar genre seram yang dahagakan filem sedemikian.

Filem arahan pengarah ‘pecah panggung’, Ismail Bob Hasim ini juga menampilkan gandingan mantap pelakon Pekin Ibrahim dan pendatang baru, Uqasha Senrose.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar Mohd Iznan Ibrahim yang membawa watak Adam mengakui dia tertarik untuk beraksi dalam filem itu kerana ingin bekerja dengan pengarah yang cukup dikenali menerusi filem Sumpahan Kum Kum itu.

“Ia juga filem ke-12 arahan Ismail Bob. Saya memang tertarik dengan naskhah ini kerana ia bukan filem seram yang biasa ditonton sebelum ini.


“Saya juga melihat filem ini bukan sebagai filem seram yang mengenai dendam dan ilmu hitam semata-mata, sebaliknya filem cinta yang menarik ala filem seram Thailand ‘Nang Nak’. Saya sendiri tidak tahu di mana ingin meletakkan kedua-dua emosi itu sama ada cerita seram ataupun kisah cinta ketika berlakon dalam filem ini?,” katanya.

0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © info gratis Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger